by

Kantung ‘tenat’, Arsenal terpaksa pinjam bank

News Sources:

LONDON: Terkesan dengan pandemik Covid-19, Arsenal terpaksa membuat pinjaman jangka pendek bernilai 120 juta pound (RM658.18 juta) daripada kerajaan Britain bagi menangani masalah kewangan yang meruncing.

Perkara itu didedahkan kelab London tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Ogos lalu, Gunners mengumumkan rancangan untuk menamatkan khidmat 55 kakitangan yang tidak diperlukan ekoran krisis kewangan yang dihadapi kelab.

Ketika itu juga sebahagian besar pemain bersetuju memotong 12.5 peratus gaji mereka dalam usaha menyelamatkan kakitangan Arsenal daripada kehilangan kerja.

Semalam, kelab mengesahkan mereka mengambil skim pinjaman daripada Bank England bagi menambah pendapatan ketika perlawanan di Stadium Emirates masih berlangsung tanpa kehadiran penonton.

“Kami akan terus berusaha mengatasi implikasi pandemik global terhadap masalah kewangan kelab, kami boleh mengesahkan kelab sudah memenuhi kriteria yang ditetapkan Bank England bagi mendapatkan Kemudahan Pembiayaan Korporat Covid (CCFF).

“Keputusannya, kami mengambil pinjaman jangka pendek 120 juta pound melalui kemudahan itu bagi membantu menguruskan kesan kerugian yang dialami akibat pandemik ini.

“Ia adalah pendekatan yang sama diambil oleh berbagai organisasi besar termasuk sukan dan akan dapat dibayar pada Mei 2021,” kata Arsenal dalam kenyataan itu.

Menurut Gunners, pinjaman itu adalah tambahan kepada sokongan kewangan yang diterima kelab daripada pemiliknya, Stan Kroenke, seorang usahawan sukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed