by

Kapten Macedonia Utara, penjaring gol tertua Euro 2020

News Sources:

BUCHAREST: Ketua pasukan Macedonia Utara, Goran Pandev dinobat sebagai penjaring gol tertua dalam Euro 2020 apabila menjaringkan gol pertama negaranya ketika menentang Austria.

Jaringan pada minit ke 29 daripada pemain hadapan berusia 37 tahun 321 hari itu mengikat kedudukan dengan Austria pada kedudukan 1-1 ketika babak pertama.

Sebelum itu, pemain pertahanan Austria, mencetak gol pertama pada minit ke 18 dalam perlawanan pembukaan antara kedua-dua pasukan itu dalam kempen Kumpulan C tadi.

Pandev menduduki tempat kedua selepas Ivica Vastic dari Austria dalam senarai sepanjang masa, yang menjaringkan gol menentang Poland di Euro 2008 berusia 38 tahun dan 257 hari.

Pandev merupakan pemenang Liga Juara-Juara pada tahun 2010 bersama Inter Milan, adalah penjaring terbanyak sepanjang masa di negaranya dengan 38 gol, 20 gol daripada rakannya, Aleksandar Trajkovski. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed