by

Karma antara benua Kaka dan Jaz

News Sources:

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Kaka Azraff 31, dan Jaz Hayat 27, masing-masing tidak menafikan gandingan duet balada pertama mereka berjudul Karma sememangnya memberi laluan dalam pasaran muzik antara Malaysia dan Indonesia.

Kaka berkata, impiannya untuk melebarkan sayap ke negara jiran adalah sesuatu yang sudah lama dinanti-nantikan dan kolaborasi bersama Jaz merupakan satu gabungan yang mampu memahat namanya dalam industri luar.

“Saya bersyukur sangat apabila dapat berganding dengan Jaz menerusi lagu ini. Kalau ada rezeki dapat bekerjasama lagi bersama penyanyi dan label Indonesia, saya dengan rasa senang hati terbuka menerima tawaran sebegini,” jelas Kaka dalam sidang media secara virtual baru-baru ini.

Sementara itu, pengarah muzik video, Hafiz Shafie menjelaskan proses penghasilan dilakukan secara berasingan pada Disember 2020.

“Penggambaran di Malaysia dibuat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, iaitu sekitar kawasan Hutan Pain dengan kerjsama 6six Studio. Manakala produksi Nocturnal Projects dari Indonesia bertanggungjawab melakukan penggambaran untuk Jaz di sana.

“Penggambaran tak lama meskipun ketika itu musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), cuma masa lebih pada proses pasca-produksi sebab nak buat pelbagai kesan-kesan muzikal dan yang berkaitan untuk pandangan mata dan halwa audiens,” jelasnya.

Sementara itu, Jaz yang popular menerusi lagu Dari Mata, berkata, dari segi perencanaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama pihak Sony Muzik Malaysia.

“Seperti penyanyi lain dari Indonesia juga, mereka akan mengadakan persembahan sebagai salah satu strategi. Jadi ini tidak mustahil untuk langkah selanjutnya saya akan selalu berada di Malaysia bagi melakukan hal yang sama,” ujar anak kelahiran Brunei Darussalam.

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed