by

KDNK 2020 susut 5.6%, terendah sejak 1998

News Sources:

KU SYAFIQ KU FOZI
[email protected]

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2020 menyusut 5.6 peratus, menjadikannya catatan terendah ekonomi negara sejak penyusutan 7.4 peratus pada 1998.

Penyusutan itu juga lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan yang meletakkannya pada 3.5 hingga 5.5 peratus.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam sidang akhbar maya Bank Negara Malaysia (BNM) tentang pengumuman data KDNK suku keempat 2020 hari ini.

Sidang akhbar tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Mohd. Uzir dan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

Selain itu, turut diumumkan ialah KDNK untuk suku keempat 2020 yang menyaksikan penguncupan lebih besar kepada 3.4 peratus, berbanding penguncupan 2.7 peratus pada suku ketiga 2020.

Ia berikutan sekatan pergerakan yang lebih ketat pada penghujung tahun lalu yang memberikan kesan kepada usaha pemulihan ekonomi.

Ini merupakan penguncupan untuk suku ketiga berturut-turut apabila negara mencatatkan KDNK terburuk pada suku kedua tahun lalu dengan ekonomi menguncup 17.1 peratus.

Secara bulan ke bulan, KDNK menyusut 4.7 peratus pada Oktober, 4 peratus pada November sebelum berkembang pada Disember sebanyak 1.7 peratus. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed