by

Kebenaran latihan My Heli Club digantung 6 bulan

News Sources:

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung sementara Sijil Kebenaran untuk Organisasi Latihan yang diluluskan ke atas syarikat My Heli Club.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, penggantungan itu dibuat di bawah Peraturan 67, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, keputusan berkenaan dikenakan berikutan dua kemalangan melibatkan tiga helikopter yang dikendalikan My Heli Club pada 8 November tahun lalu di Taman Melawati, Selangor dan satu lagi insiden pada 1 Januari lepas di Pulau Indah, Klang, Selangor.

“Bagaimanapun, My Heli Club masih dibenarkan untuk melakukan penerbangan persendirian namun dilarang melakukan penerbangan latihan buat masa ini. CAAM kini sedang menjalankan siasatan dalam aspek pengawal seliaan mengenai kemalangan yang melibatkan helikopter-helikopter yang dikendalikan syarikat tersebut.

“Notis penggantungan telah dikeluarkan dengan serta-merta. Penggantungan ini selaras peraturan penerbangan awam Malaysia demi memastikan keselamatan semua anggota kelab dan pihak awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed