by

Kedah cadang tidak benarkan tanam ketum

News Sources:

ALOR SETAR: Kedah bercadang memasukkan frasa ‘tidak boleh menanam ketum’ ke dalam syarat sekatan kepentingan tanah di negeri ini, sebagai langkah mengekang penanaman tumbuhan tersebut daripada terus berleluasa.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu sekiranya dilaksanakan membolehkan tindakan diambil terhadap pemilik tanah yang menanamnya.

“Sekarang ini kalau tanah tersebut berstatus pertanian, maka menanam ketum tidak menjadi satu kesalahan dan tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Hanya apabila daun itu dipetik, direbus atau diminum, barulah menjadi kesalahan.

“Maka kita ada cadangkan untuk memasukkan frasa itu ke dalam syarat sekatan kepentingan tanah di negeri ini. Perkara itu akan termaktub dalam geran tanah dan selepas itu, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menanam ketum,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari RTM ke-75 peringkat negeri Kedah di Kompleks Penyiaran Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed