by

Kelantan FC sambar pemain import England, Sepanyol

News Sources:

KUALA LUMPUR – TRW Kelantan FC telah melengkapkan kuota pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini apabila menandatangani penyerang dari England dan pemain tengah dari Sepanyol.

Pasukan itu telah mengumumkan mereka menandatangani Jack Hindle dan Mario Arqués bagi mengukuhkan jentera serangan dan bahagian tengah.

Mario pula merupakan pemain tengah berusia 29 tahun dan dia pernah beraksi antara kelab besar di La Liga seperti Villarreal dan Valencia.

Sebelum ini, TRW Kelantan menandatangani pemain pertahanan dari Greece, Christos Intzidis dan pemain sayap Indonesia, Natanael Siringo Ringo.

Bagi menghadapi saingan musim 2021, kelab yang dimiliki oleh Norizam Tukiman itu akan dibimbing oleh jurulatih dari San Marino, Marco Ragini. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed