April 21, 2021
by

Kelonggaran kuarantin kepada menteri bukti jelas sikap ‘double standard’ kerajaan – JohorKini

News Sources:

perdana-putra-Putrajaya-1.jpg

PONTIAN, 9 FEB: Keputusan kerajaan memberi kelonggaran kuarantin kepada menteri yang pulang dari luar negara dilihat suatu yang tidak patut dilakukan dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, keputusan itu jelas berat sebelah ketika rakyat hari ini berdepan SOP ketat dan pelbagai syarat.

Zainuzabha Baharom

“Dalam keadaan rakyat mempertikaikan segala kepincangan berlaku dengan SOP ditetapkan, mereka dikejutkan lagi dengan pengecualian ini.

“Ini jelas tindakan ‘double standard’ atau berat sebelah sedangkan pada Oktober tahun lepas Perdana Menteri berkata tidak ada yang dikecualikan dalam peraturan kuarantin.

“Selain itu tindakan Menteri Kesihatan (Adham) dan kerajaan mengurangkan tempoh kuarantin tersebut dilihat bercanggah dengan kajian tempoh kebolehjangkitan Covid 19 iaitu sekitar lima hingga sepuluh hari.

“Adalah jelas Dr Adham membelakangkan saranan kesihatan baik dari WHO mahu pun dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri,” ujarnya.

Susulan itu, Zainuzabha memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula pengecualian ini dan menghentikan tindakan berat sebelah yang terus berlaku.

Dr Adham dalam satu kenyataan melonggarkan peraturan kuarantin kepada anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Kata Dr Adham, anggota kabinet tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin sepuluh hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang kembali dari luar negara.

Perintah tersebut mengurangkan tempoh kuarantin menteri dari sepuluh ke tiga hari dan ditandatangani Adham berkuatkuasa 9 Feb 2021.

Johorkini

 



Post Views:
28







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed