April 18, 2021
by

Kenapa denda rakyat dengan SOP mengelirukan? – Salahuddin Ayub – JohorKini

News Sources:

salahuddin-ayub-mp-pulai.jpg

Datuk Seri Salahuddin Ayub

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Rakyat seperti dibuli oleh kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin apabila segala keputusan dibuat tanpa perbahasan di Dewan Rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Mengulas perkara itu beliau yang merupakan ahli parlimen Pulai berkata, akibat proklamasi darurat segalanya tergendala, namun sebaliknya suara rakyat boleh diperjuangkan ahli parlimen sekiranya Dewan Rakyat dapat bersidang.

Salahuddin turut memberikan contoh bagaimana kompaun yang dinaikkan sejak 4 Februari lalu menjadi kebimbangan ramai dan bantahan berkenaan perkara itu diluahkan di media sosial.

“Bukan sahaja rakyat biasa, hari ini dalam satu laporan turut menjelaskan bagaimana pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya juga menjadi dilema dalam menjalankan tugas untuk menguatkuasakan SOP PKP ini.

“Ia menjadi rumit dan inilah hasilnya apabila segala perkara itu dibuat tanpa berbincang atau dibahas di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa kepentingan sidang di Dewan Rakyat amat mendesak agar rakyat dalam negara ini tidak terus dibuli seperti hari ini.

Tambahnya kerajaan perlu berhenti dalam mengeluarkan arahan dan peraturan yang menghukum rakyat sewenangnya.

“Kerajaan perlu hentikan hal ini kerana kita tidak mahu rakyat terus menerus keliru dalam hal menjaga SOP sepanjang PKP ini.

“Kepentingan Dewan Rakyat ini telah dibuktikan dengan desakan dari kita dalam pelbagai isu contohnya seperti apa yang berlaku dalam permintaan kami ketika Belanjawan 2021 dibentang.

“Mengapa takut untuk memanggil sidang dewan sekiranya Tan Sri Muhyiddin benar-benar tidak mahu menggunakan kuasa secara mutlak dalam negara ini.

“Kita cabar beliau panggil sidang dewan untuk membahaskan permasalahan negara dan rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

 



Post Views:
4







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed