by

Keputusan e-GTukar boleh disemak mulai 11 malam tadi

News Sources:

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memaklumkan keputusan Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) sudah boleh disemak mulai jam 11 malam tadi.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menerusi laman Facebook, semalam.

“Semalam, saya ada nyatakan bahawa KPM akan memaklumkan keputusan e-Gtukar dalam masa terdekat. 

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan keputusan pertukaran guru telah diumumkan. 

“Guru-guru boleh menyemak keputusan melalui e-Gtukar di pautan berikut, https://epgo.moe.gov.my/index.cfm?muse=1,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan menerusi notis pemberitahuan memaklumkan, keputusan e-GTukar itu adalah bagi pertukaran antara bahagian, negeri, daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2021.

Menurutnya, terdapat dua tarikh bagi lapor diri iaitu pada 20 Januari 2021 bagi guru bukan kelas peperiksaan dan 5 April 2021 iaitu selepas tamat peperiksaan awam bagi guru kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak dibenarkan. 

“Bagi permohonan yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan baharu mulai Februari 2021,” katanya. -UTUSAN ONLINE

The post Keputusan e-GTukar boleh disemak mulai 11 malam tadi appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed