by

Keputusan kes rasuah Isa Samad 3 Februari tahun depan

News Sources:

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Februari tahun depan bagi keputusan kes rasuah bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB).

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan peguam bela, Datuk Salehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Pada 16 Jun lalu, Mohd. Isa diperintah membela diri terhadap semua tuduhan setelah pendakwaan berjaya membuktikan setiap unsur penting kesalahan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mohd. Isa, 71, didakwa menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd., Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada harga RM160 juta.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed