by

Kerajaan jamin harga barangan keperluan terkawal sempena perayaan Krismas

News Sources:

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan harga barangan di pasaran stabil dan berpatutan walaupun dalam tempoh sambutan perayaan Hari Krismas tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Dr. Chong Fat Full berkata, langkah itu dibuat selari dengan mengenal pasti 14 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2020.

“Walaupun perayaan Krismas yang akan disambut tahun ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, SHMMP masih wajar dilaksanakan.

“Ini ekoran permintaan orang ramai terhadap barangan keperluan harian dijangka akan mengalami peningkatan dalam tempoh perayaan ini berbanding tempoh lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tindakan pengawalan harga itu menunjukkan kerajaan negeri prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini.

Tambah beliau, SHMMP sempena Krismas tahun ini bermula hari ini hingga 31 Disember, iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan dan enam hari selepas perayaan.

“Pelaksanaan skim ini bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan.

“Walaubagaimanapun, harga barangan kebiasaannya adalah lebih terkawal kerana model perniagaan dan persaingan yang berbeza serta tahap skala ekonomi yang lebih baik,” ujarnya.

Antara barangan harga terkawal termasuk ayam, ayam belanda, telur ayam, daging kambing, lada benggala hijau, tomato, lobak merah dan ubi kentang import.

Fat Full turut memberitahu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan kawalan khususnya dalam tempoh perayaan ini.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed