by

Kerajaan Kedah dicadang benar generasi kedua Felda bina rumah di tanah ibu bapa

News Sources:

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan cadangan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk membenarkan generasi kedua membina rumah  di sebelah rumah milik peneroka generasi pertama.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu membolehkan generasi kedua dan ketiga peneroka membina kediaman baharu di tanah ibu bapa mereka itu.

“Setakat ini, kami telah membawa cadangan ini kepada beberapa kerajaan negeri antaranya Pahang dan Kedah untuk dipertimbangkan.

“Selain itu, semua pengurus besar wilayah telah diarahkan untuk membawa perkara ini kepada kerajaan-kerajaan negeri lain pada hujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan disempurnakan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di sini, hari ini.

Idris menambah, beliau menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri berhubung cadangan itu.

“Kita menjangkakan untuk mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri bulan depan. Cadangan ini agak popular dalam kalangan generasi kedua kerana dijangka dapat mengatasi isu penempatan semula.

“Hingga kini, kita ada 112,638 lot rumah Felda di seluruh negara. Jika cadangan ini diluluskan, maka kita akan dapat membina 112,638 rumah lagi untuk kediaman generasi kedua,” katanya.

Mengulas lanjut Idris berkata, sekiranya diluluskan pembinaan rumah tersebut akan dilakukan sendiri oleh generasi kedua peneroka tersebut.

“Pembinaan rumah itu pula tertakluk kepada majlis kerajaan tempatan dan prosedur kerajaan negeri,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed