by

Kerajaan kena yakinkan rakyat keberkesanan vaksin Covid-19

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi penerangan khas dengan bukti kukuh mengenai vaksin yang bakal masuk ke Malaysia pada akhir bulan ini Februari selamat digunakan.

Ini kerana, kalau vaksin berkenaan tidak mendapat kepercayaan rakyat, lebih baik kerajaan menangguhkannya supaya ia boleh dikaji semula semula daripada segi keberkesanannya.

Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ashraf Rosli berkata, jika kerajaan dapat meyakinkan rakyat, barulah ia boleh digunakan.

“Kita berpendapat, kerajaan telah membuat keputusan terburu-buru dan gagal memberi informasi telus kepada rakyat kerana banyak persoalan rakyat tidak dijelaskan secara baik.

“Malah, setakat ini tiada bukti kukuh dari negara lain yang menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Ashraf, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sendiri menyuarakan kerisauan mengenai status vaksin itu dan impak alahan kepada seseorang individu, apatah lagi rakyat.

Baru-baru ini kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli vaksin dari syarikat Pfizer, namun mendapat kecaman daripada rakyat kerana signifikasi jumlah tersebut tidak dijelaskan.

Ditambah pula persoalan utama adakah vaksin tersebut benar-benar berkesan dan tiada mudarat yang masih tidak dijawab oleh menteri yang dipertanggungjawabkan.

Menurut Ashraf, apa yang hendak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat sehingga tiada sedikit pun penerangan yang melegakan hati dikeluarkan oleh menteri berkenaan.

Justeru beliau turut menggesa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar agar memberi ulasan mengenai harga vaksin jenama Sinovac akan lebih murah jika dibotolkan dalam negara.

“Kalau tiada bukti keberkesanan dan impak alahan kepada vaksin itu, tidak kiralah jenama apa sekalipun, adakah kerajaan hendak menjadikan rakyat sebagai tikus makmal bagi syarikat pengeluar vaksin?” soal beliau.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed