by

Kerajaan negeri perlu wujud taskforce kesihatan, ekonomi – PKR Johor – JohorKini

News Sources:

JOHOR BAHRU, Kerajaan Johor perlu mewujudkan task force kesihatan dan ekonomi seperti mana dilakukan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di negeri ini.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana kes Covid-19 di Johor adalah tinggi dan sentiasa pada kedudukan tiga negeri teratas dalam laporan jangkitan harian untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama katanya, isu pekerja Malaysia yang keluar masuk ke Singapura masih belum selesai, tertunda, semakin diperketatkan dan perlu diselesaikan oleh kerajaan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

“Hilang pekerjaan ini satu isu besar. Sebelum ini kerja di Singapura dan balik tidak ada pekerjaan sehingga berbulan-bulan. Mesti ada satu pelan khusus.

“Perkara ini masih tidak ada penyelesaian yang jelas. Mereka ini (pekerja Malaysia di Singapura) terkontang-kanting seolah tidak ada bantuan diberi.

“Di Malaysia mereka ini tidak ada sumber kewangan, maka ia menjadi masalah. Kerajaan perlu ambil tanggungjawab,” kata Syed Ibrahim pada sidang media di pejabat PKR Iskandar Puteri, semalam.

Dalam pada itu katanya tumpuan pencegahan wabak Covid-19 di negeri ini perlu dipandang serius terutamanya penularan kluster tempat kerja.

Ujarnya, tumpuan tenaga dan sumber bagi pencegahan Covid-19 di Johor perlu diberikan di kawasan-kawasan industri yang dikenalpasti punca peningkatan kes.

“59 peratus kes Covid-19 adalah kes melibatkan kluster tempat kerja. Kluster-kluster kecil ini memang perlu kita kawal, tetapi jika tumpu kepada yang 59 peratus ini, kita akan dapat kurangkan dan kerjanya lebih tertumpu dan strategik,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli parlimen Ledang berkata, langkah kerajaan meminda Akta Tempat Kerja adalah wajar, namun penubuhan task force yang melibatkan beberapa portfolio adalah perlu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Katanya, peranan Exco Kesihatan dan Sumber Manusia dan beberapa posrtfolio lain boleh bergabung bagi menyelesaikan masalah penularan wabak di kawasan industri.

“Perlu diadakan ujian saringan secara besar-besaran (mass testing) secara tertumpu dan kuarantin.

“Kalau perlu tutup (industr), maka perlu tutup. Sebab bahayanya ia boleh merebak,” ujarnya lagi.

Johorkini



Post Views:
6





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed