by

Kerajaan puas hati pematuhan SOP di PPS

News Sources:

KEMAMAN: Kerajaan berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini tiada kes positif Covid-19 melibatkan golongan itu dikesan di kawasan terjejas bah. 

“Alhamdulillah…setakat Ini belum ada lagi (mangsa banjir positif Covid-19) dan saya berharap ia kekal hingga banjir selesai dan mangsa semua pulang ke rumah. 

“Saya percaya kalau semua patuh kepada SOP yang ditetapkan, InsyaAllah kita boleh mengelakkan jangkitan Covid-19 di PPS dan setakat kini semua pusat yang dilawati mematuhi SOP,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri meluahkan kebimbangannya berhubung amalan penjarakan fizikal di PPS di negara ini. 

“Dari segi kawalan kemasukan untuk pemeriksaan saringan suhu di setiap tempat itu ada dan pemakaian pelitup muka pun turut dipatuhi. 

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah soal penjarakan kalau terlampau ramai mangsa, jadi saya berharap semua pihak sentiasa menjaga aspek itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed