by

Kerajaan Sabah beri perhatian kepada usahawan tempatan –

News Sources:

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian sentiasa memberikan perhatian kepada usahawan tempatan negeri ini dengan menganjurkan pelbagai program keusahawanan.

Ini bagi membantu mereka membentuk jaringan kerjasama seterusnya melahirkan usahawan baharu dan berjaya.

Program keusahawanan yang diadakan adalah bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah menarik taraf kualiti pembungkusan, dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

Malah pada pembentangan Bajet Negeri Sabah 2021, pembangunan sektor Ini terus diberi tumpuan sebagai pemangkin utama kepada industri pembuatan melalui peruntukan sebanyak RM30 juta

“Banyak program bagi memperkasakan IKS Sabah telah dirancang oleh Kementerian saya termasuklah mengadakan kursus pembangunan keusahawanan, meningkatkan kemahiran terutama menggunapakai teknologi Baharu; memberikan insentif mesin untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahbaik pembungkusan;serta menyertai ekspo di peringkat nasional dan juga antarabangsa bagi mempromosikan produk keluaran Usahawan IKS tempatan.

“Memandangkan penularan wabak Covid-19, maka semu pintu sempadan antarabangsa masih ditutup dan daya difahamkan hanya 1 penyertaan ekspo di peringkat antarabangsa yang berjaya disertai oleh pengesahan IKS Sabah iaitu Di Gulfport Dubai Expo, Emiriah Arab Bersatu pada bulan February 2020 lalu,” kata Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Program Transformasi Usahawan Sabah (TRUS-MID) di sini hari ini.

Dr .Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri berharap agar lebih banyak lagi program keusahawanan akan dianjurkan dan diteruskan pada tahun akan datang dan lebih ramai usahawan tempatan turut serta dalam program seumpama Ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian Thomas Logijin serta Pegawai-Pegawai di bawah agensi. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed