by

Kerana hutang RM85, remaja dirogol 10 lelaki

News Sources:

JAKARTA: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh 10 lelaki selepas diajak keluar oleh seorang suspek di bandar Langsa, Aceh.

Lapor Kompas.com, Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Langsa, Arief S. Wibowo berkata, kesemua suspek sememangnya berniat dan merancang untuk merogol mangsa.

“Mangsa sememangnya mengenali individu yang mengajaknya keluar tetapi mereka bukannya keluar berdating.

“Suspek membawa remaja itu ke rumah kosong sebagai tebusan untuk melangsaikan hutangnya berjumlah 300,000 rupiah (RM85),” katanya.

Menurut Arief, rakan suspek sudah menunggu mangsa di rumah itu sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.

Jelasnya, selepas dipaksa melakukan seks, mangsa kembali ke rumahnya dan mengadu kepada ibu bapanya.

“Keluarga mangsa terus membuat laporan ke balai polis dan kita menahan sembilan suspek. Sementara seorang lagi suspek masih bebas dan dikehendaki pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek merupakan pelajar berusia antara 12 hingga 19 tahun yang berasal dari Kampung Sungai Pauh, Langsa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed