by

Kereta untuk kegunaan syarikat -Zoey Rahman

News Sources:

SHAH ALAM: Tidak mahu terus tersinggung dengan kata-kata netizen di luar sana, pelakon dan usahawan kosmetik, Zoey Rahman tampil menjelaskan dakwaan yang kononnya dia sengaja mencari publisiti melalui kisah dihadiahkan kereta mewah oleh pekerja sendiri.

“Kelulusan untuk membeli kereta tersebut adalah daripada adik saya sendiri yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat.

“Kemudian adik saya jelaskan kereta itu di bawah nama syarikat. Jadi, kereta itu akan digunakan untuk urusan dan aktiviti syarikat, terutama di luar Lembah Klang.

“Lagipun dia kata sampai bila saya nak sewa van bawa barang-barang. Jadi, dia dan staf-staf saya telah merancang untuk membeli kereta berkenaan,” jelasnya.

Zoey ditemui pada majlis pelancaran  produk makanan, Palut’s Superhero di Shah Alam hari ini.

Pelakon itu juga dilantik menjadi duta untuk makanan kudapan Banana Sangrai Crispy yang juga salah satu produk di bawah jenama berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Pengawai Eksekutif (CEO), Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.

Terus positif dalam berhadapan dengan kontroversi,  jelasnya apa yang berlaku ini juga secara tidak langsung membakar semangatnya untuk lebih berjaya.

Lebih penting bagaimana apa yang tular ini juga turut memberi kelebihan kepada produk kosmetiknya, Mika Series.

“Seperti cerita tentang saya dapat hadiah kereta, orang ramai mula buat carian di internet tentang perniagaan apa yang saya jalankan.

“Alhamdulillah, pada ketika itu  Mika Series di carian Google telah melonjak naik, meskipun saya kena hentam. Namun, masih ramai nak tau apa perniagaan saya sampai staf belikan kereta untuk saya. Jujurnya saya tidak pernah kisah dengan kata-kata orang,”katanya lagi.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed