by

Kerjasama Pas, UMNO, Bersatu di Kedah tidak terjejas

News Sources:

KUBANG PASU: Kerjasama antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini tidak terjejas di sebalik beberapa isu yang melanda UMNO dan Bersatu peringkat pusat dan negeri-negeri lain.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ikatan antara parti-parti terlibat diibaratkan seperti adik-beradik apabila ruang untuk mengadakan perbincangan sentiasa terbuka.

“Masing-masing boleh bersembang dan berbincang. Memang langsung tak ada masalah.

“Malah saya tanya sendiri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga, Datuk Suraya Yaacob yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri sama ada beliau akan tinggalkan kerajaan negeri dan beliau kata ‘tidak’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ditanya mengenai pelantikannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) negeri, Muhammad Sanusi berkata, beliau setakat ini masih menanti maklumat mengenai peranan serta tanggungjawab perlu dilaksanakan dari peringkat pusat.

“Namun untuk Pas di Kedah ini, kita akan memainkan peranan sebagai ejen perpaduan dan penyatuan ummah.

“Kita akan berusaha untuk menyatukan semua pihak dan Alhamdulillah di Kedah ini, segalanya masih aman tanpa timbul sebarang masalah,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed