by

Kerjasama Tun M, Ku Li satu jenaka?

News Sources:

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menganggap kerjasama yang terjalin antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai satu jenaka.

Ini selepas beliau ditanya sama ada kerjasama itu mempengaruhi ahli UMNO dan berupaya menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN).

Seolah-olah menyindir kerjasama itu di akaun media sosialnya, walaupun tidak menamakan tokoh veteran politik negara tersebut, beliau menganggap mereka cuba berebut kuasa walaupun sudah ‘tarikh luput’.

Ini kerana usia Mahathir sentiasa menjadi tumpuan apabila sudah menjangkau 95 tahun manakala Tengku Razaleigh berusia 83 tahun.

“Kemaruk, satu simptom yang berlaku sama ada berikutan lama tak dapat sesuatu atau mungkin juga kerana sememangnya seseorang itu terlalu kepingin pada sesuatu. Lazimnya orang dalam kemaruk, tidak menyedari tabiat kemaruknya sendiri. Orang kemaruk akan melakukan apa sahaja untuk dapat yang dihajati.

“Malang bagi negara, di saat dunia dan negara dilanda pandemik yang serius dan ekonomi dunia dan negara terjejas teruk, kini muncul watak-watak yang ingin berebut kuasa. Mereka bukanlah muka-muka baru, sesetengah dari mereka telah ‘expired’, malah tidak pun aktif di kawasan mereka,” katanya.

Dalam sidang media khas semalam, Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh menyatakan kesediaan bekerjasama memimpin negara jika kerajaan PN tumbang ketika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga.

Justeru, mereka menyeru supaya ahli parlimen menolak Belanjawan 2021 dan meminta supaya memberi peluang kepada mereka untuk memimpin negara dengan menggunakan pengalaman luas mereka yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun, ‘timing’ yang dibuat oleh Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk mengumumkan kerjasama tersebut agak menghairankan kerana ia dibuat selepas tersebar spekulasi bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih sokongan berbentuk akuan bersumpah (SD) daripada 10 ahli Parlimen UMNO.

Ia menimbulkan satu lagi persoalan sama ada Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh benar-benar ikhlas ingin memajukan negara atau sekadar untuk menghalang Anwar daripada berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Ke-9. – UTUSAN ONLINE 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed