by

Kes dua pengarah termasuk seorang Datuk ditangguh 

News Sources:

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 

Mei bagi perkembangan kes dua pengarah syarikat termasuk seorang 

bergelar Datuk yang tular dalam pergaduhan di sebuah restoran di 

Tropicana Avenue, Damansara, tiga bulan lalu.

Majistret Nurshahira Abdul Salim menangguhkan keputusan ke tarikh 

lain selepas dimaklumkan bahawa terdapat perkembangan baharu 

berhubung kes berkenaan.

Sepatutnya, mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman 

terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Datuk Tan Wai Khan, 42,  dan rakannya 

Ang Mow Loong, 40, yang mengaku bersalah terhadap dua tuduhan 

mendatangkan kecederaan dan melakukan kacau ganggu di sebuah 

restoran, Januari lalu.

Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili kedua-dua 

tertuduh memaklumkan pihaknya menerima maklumat bahawa pemilik 

restoran dalam kejadian itu menarik balik aduan berhubung tuduhan 

yang dikenakan terhadap Wai Khan mengikut Seksyen 427 Kanun 

Keseksaan.

Ketika didakwa, Wai Khan mengaku tidak bersalah melakukan khianat 

dengan cara memecahkan pinggan mangkuk milik Kwan Pei Choong, 31.

“Kerana  terdapat perkembangan baharu, saya mohon mahkamah memberi peluang agar pertuduhan tersebut (Seksyen 427) dikaji semula,” katanya. 

Ketika prosiding, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, 

Atifah Hazimah Wahab berkata, pihaknya memohon tarikh baharu untuk 

serahan dokumen dan arahan lanjut.

Mengikut pertuduhan, Wai Khan dan Mow Long didakwa secara 

bersama  dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara 

memukul Pei Choong, 31, di Restoran Steamboat TST, Tropicana 

Avenue, Damansara pukul 9 malam, 12 Januari lalu. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed