June 13, 2021
by

Kes harian baru 1,294 dengan lima kematian, kes aktif 14,246 – JohorKini

News Sources:

covid-19-2.jpg

KUALA LUMPUR, 2 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,294 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 347,972 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,283 kes.

Daripada 1,294 kes yang dilaporkan hari ini, 1,268 adalah penularan tempatan dan 26 kes import.

Dalam pada itu 1,442 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 332,44 kes.

Sementara itu terdapat 168 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 78 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 347,972 dengan 95.54 peratus kadar sembuh bersamaan 332,443 pesakit, manakala 1,283 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 14,246 kes aktif pada kadar 4.09 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed