April 14, 2021
by

Kes harian baru 2,176 dengan sepuluh kematian, kes aktif 47,135 – JohorKini

News Sources:

COVID_19_Coronavirus-1.jpg

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,176 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 266,445 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 975 kes.

Daripada 2,176 kes yang dilaporkan hari ini 2,175 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Dalam pada itu 4,521 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 218,335 kes.

Sementara itu terdapat 260 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 112 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 266,445 kes dengan 81.9 peratus kadar sembuh bersamaan 218,335 pesakit, manakala 975 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 47,135 kes aktif pada kadar 17.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed