April 14, 2021
by

Kes harian baru 3,384 dengan 13 kematian, kes aktif 51,783 – JohorKini

News Sources:

coronavirus_covid19-1.jpg

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,384 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 254,988 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 936 kes.

Daripada 3,384 kes yang dilaporkan hari ini 3,369 adalah penularan tempatan dan 15 kes import.

Dalam pada itu 3,774 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 202,269 kes.

Sementara itu terdapat 259 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 122 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 254,988 kes dengan 79.3 peratus kadar sembuh bersamaan 202,269 pesakit, manakala 936 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 51,783 kes aktif pada kadar 20.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini



Post Views:
3







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed