April 19, 2021
by

Kes harian baru 3,847 dengan 12 kematian, kes aktif 50,894 – JohorKini

News Sources:

covid19-virus-coronavirus.jpeg

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,847 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 238,741 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 857 kes.

Daripada 3,847 kes yang dilaporkan hari ini, 3,843 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Dalam pada itu 1,692 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 186,970 kes.

Sementara itu terdapat 305 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 139 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 238,721 kes dengan 78.3 peratus kadar sembuh bersamaan 186,970 pesakit, manakala 857 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 50,894 kes aktif pada kadar 21.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed