by

Kes jangkitan Covid-19 dunia melepasi 80 juta

News Sources:

PARIS: Lebih 80 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh dunia sejak pandemik itu bermula setahun lalu dengan 1.76 kematian.

Secara keseluruhan, sebanyak 80,145,185 kes dan 1,756,060 kematian dicatatkan di seluruh dunia dengan purata 580,000 kes baharu direkodkan setiap hari sejak minggu lalu.

Eropah menjadi rantau paling teruk dilanda Covid-19 iaitu sudah melepasi 25 juta kes pada Jumaat lalu dengan 546,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling tinggi merekodkan kes jangkitan iaitu 18,945,149 kes dengan 331,916 kematian, diikuti India (10,169,118 kes, 147,343 kematian), Brazil (7,465,806 kes, 190,795 kematian), Russia (3,050,248 kes, 54,778 kematian) dan Perancis (2,550,864 kes, 62,573 kematian).

Selepas Eropah, AS dan kanada menjadi rantau kedua paling teruk ‘dibadai Covid-19’ dengan 346,636 kematian daripada 19,479,293 kes.

Selain itu, Amerika Latin dan Caribbean juga terjejas dengan 15,139,172 kes dan 496,524 kematian, Asia (13,670,958 kes, 215,100 kematian), Asia Barat (3,887,085 kes, 88,611 kematian), Afrika (2,640,778 kes, 62,234 kematian) dan Oceania (30,919 kes, 944 kematian). – AFP

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed