by

Kes kematian akibat Covid-19 meningkat, dibimbangi 

News Sources:

PUTRAJAYA: Peningkatan kes kematian akibat Covid-19 dengan merekodkan 71 kes hanya berlaku dalam tempoh sembilan hari pada tahun ini amat membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit Covid-19. 

Menurut beliau, mereka terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahad dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes Covid-19.

“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan. 

“Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Semoga kita semua terlindung daripada musibah Covid-19,” katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Pada 8 Januari lalu, sebanyak 16 kematian dicatatkan menjadikan tertinggi direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.

Setakat semalam, negara telah mencatatkan 542 kes kematian dengan jumlah keseluruhan kes positif berjumlah 133,559 kes. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed