by

Kes positif Covid-19 di Johor kembali meningkat

News Sources:

JOHOR BAHRU: Kes positif Covid-19 di negeri ini kembali meningkat dengan mencatatkan 580 kes baharu yang direkodkan semalam dengan pertambahan dua kluster baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, dua kluster baharu iaitu Kluster Harum dan Kluster Dewani yang mencatatkan 231 kes di daerah ini.

Beliau berkata, faktor pertambahan kes positif itu turut disumbang oleh 200 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 76 kes daripada saringan kontak rapat dan 73 kes daripada lain-lain saringan.

“Kluster Harum merupakan kluster tempat kerja dan melibatkan daerah ini yang telah dilaporkan positif Covid-19 sejak semalam melalui saringan bersasar di tempat kerja. Seramai 435 individu telah disaring dan 206 daripadanya telah dikesan positif Covid-19.

“Bagi Kluster Dewani yang turut dikesan di bandar raya ini dan dilaporkan positif Covid-19 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Hasil saringan yang dibuat, sebanyak 25 kes positif dikesan daripada 147 individu yang disaring,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, pertambahan kes positif semalam menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 6,426 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,175 kes telah pulih manakala 3,216 kes yang aktif telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kluster aktif di negeri ini adalah sebanyak 28 antaranya Kluster Jalan Perindustrian (mukim Senai ), Kluster Kampung Baharu (Jelutong), Kluster Pekeliling (Plentong), Kluster Tembok Choh (Pulai), Kluster Bukit Pasir (Sg Raya), Kluster Pagar Siput (Kota Tinggi) dan Kluster Sg Redan (Kluang).

“Sehingga semalam, terdapat tujuh kawasan yang telah dkuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang, Pusat Pemulihan Akhlak Muar dan Asrama Pekerja Westlite di Johor Bahru.

“Turut dikenakan PKPD ialah di Dewan Arena Segi Tiga di Taman Sejahtera Kota Tinggi, Pusat Koreksional Johor Bahru, Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir Muar dan asrama pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di Kulai,” katanya.

Tambahnya, kemasukan dari Singapura melalui skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) adalah seramai 2,718 individu manakala yang menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) adalah 17,074 pelawat.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed