by

Kes positif Covid-19 melonjak 3,027 kes, 8 kematian

News Sources:

PUTRAJAYA: Kes positif baharu Covid-19 melonjak kepada angka 3,027 kes sekali gus merekodkan kes tertinggi wabak itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 128,465 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan pula sebanyak 25, 221.

Bagaimanapun, menurut beliau, jumlah kes sembuh pula juga amat positif apabila mencatatkan sebanyak 2,145 kes.

“Sebanyak lapan kematian direkodkan hari ini melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah kematian setakat ini 521 kes.

“Kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula sebanyak 142 kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed