by

Kes sembuh atasi kes positif

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh Covid-19 sebanyak 3,515 kes mengatasi kes positif, 3,499 dengan lima kematian.

Jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 209,289 manakala 261,805 kes positif dengan kes aktif sebanyak 51,558 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 263 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif melebihi 1,000 kes iatu 1,345 kes diikuti Johor, 802 kes; Kuala Lumpur, 511 kes; Sarawak, 152 kes; Pulau Pinang, 138 kes; Perak, 121 kes; Kedah, 111 kes, Sabah, 101 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, tiga kes serta Perlis dan Labuan, masing-masing dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed