by

Kesal dilabel kumpulan gerila pembunuh anjing-Peniaga Seksyen U12

News Sources:

SHAH ALAM: Kumpulan peniaga di Seksyen U12 di sini kesal apabila dilabelkan sebagai kumpulan gerila pembunuh anjing disebabkan tindakan mereka mengadu kepada pihak berkuasa agar anjing-anjing liar di kawasan komersial tersebut ditangkap.

Wakil kumpulan tersebut, Muhammad Fathi Ismail berkata, isu tersebut timbul apabila seorang peniaga di sini telah diserang 20 ekor anjing liar hingga luka parah di kepala di kawasan itu semasa menuju ke keretanya.

ORANG ramai membantu mangsa anjing liar, Muhd.Zikri Muit berdarah di kepala akibat jatuh ketika diserang baru-baru ini di Seksyen U12 Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

Menurutnya, tindakan yang diambil kumpulan peniaga ialah menghalau anjing yang sedang menyerang mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

“Selepas kejadian tersebut, salah seorang peniaga di sini sekadar suka-suka menggelarkan kumpulan peniaga yang membantu mangsa tersebut dalam hantaran akaun facebook beliau sebagai kumpulan gerila khas yang wujud untuk memastikan tiada anjing liar berada di kawasan tersebut.

“Namun, tindakan ini telah disalah tafsir dan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan netizen apabila gambar kami di dalam Animal News tersebut dipaparkan bersama gambar lain termasuk beberapa ekor anjing yang rebah dan berbuih mulutnya yang tidak diketahui sumbernya di dalam Facebook Malaysia Dogs Deserve Better (MDDB).

“Walhal, kesemua anjing liar tersebut telah ditangkap oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kaedah sumpitan ubat pelali dan dan gambar anjing mati diracun yang dipaparkan tiada kaitan dengan peniaga,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Muhammad Fathi, pihaknya memohon mana-mana individu yang tidak mengetahui kedudukan sebenar diminta menghentikan memanipulasi gambar dan hantaran tersebut.

“Saya menggesa mana-mana pihak segera memadam gambar tersebut atau berdepan tindakan undang-undang. Sepatutnya pihak terbabit tidak perlu  mensensasikan nama gerila tersebut, seolah-olah kami memang menggunakan kekerasan terhadap anjing,”katanya.

Dalam pada itu, mangsa serangan anjing liar, Muhd.Zikri Muit,48, berkata, kejadian tersebut sepatutnya tidak dipanaskan oleh pihak tidak berkenaan.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bernasib baik kerana sempat diselamatkan peniaga di kawasan U12 tersebut.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan membuat rondaan berkala di kawasan tersebut agar tiada lagi anjing liar yang menyerang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tiada lagi anjing liat di kawasan tersebut, bagaimanapun, hantaran serta gambar berhubung isu tersebut  di akaun MDDB masih belum dipadam. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed