by

Kesihatan Khaidir di Sydney semakin pulih

News Sources:

PUTRAJAYA: Keadaan kesihatan seorang rakyat Malaysia, Khaidir Abu Jalil, 34, yang sedang menjalani rawatan di St. Vincent’s Public Hospital, Darlinghurst Sydney, Australia dilaporkan semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, Pegawai Konsulat Malaysia di Sydney telah menziarahinya selepas portal berita negara itu melaporkan bahawa Khaidir sedang meratapi kesakitan sendirian di hospital sejak enam bulan lalu akibat penyakit jarang berlaku, autoimun.

Katanya, dalam kunjungan itu, Khaidir memaklumkan bahawa laporan media itu adalah tidak tepat memandangkan beliau sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia.

“Khaidir juga mengakui tidak memaklumkan keadaan kepada Suruhunjaya Tinggi Malaysia di
Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney.

“Bagaimanapun, dia berterima kasih atas sokongan serta bantuan yang diberikan semua pihak,” katanya di sini malam ini.

Dalam laporan The Sydney Morning Herald, Khaidir turut disahkan menghidap dermatomyositis oleh doktor yang merawatnya dengan peluang untuk hidup pada kadar 50 peratus.

Khaidir dilaporkan kehilangan pekerjaan sebagai jurutera pembinaan di Melbourne ekoran pandemik Covid-19 dan kehidupannya lebih sukar apabila status visanya tidak diketahui sekali gus menyebabkan dia menjadi gelandangan ekoran kontrak sewa pangsapurinya tamat.

Laporan itu turut berkata, apatah lagi tidak ada keluarga atau rakan yang boleh mengunjunginya di sana selepas dia memilih mencari rezeki di Australia bagi menyara keluarganya di Malaysia.

Bagaimanapun, Kementerian Luar memberitahu, Khaidir memohon supaya diberikan ruang untuk menjalani proses pemulihan dengan tenang tanpa gangguan pihak media buat masa ini.

“Kementerian amat prihatin keadaan warganegara Malaysia di luar negara dan menasihatkan supaya berhubung dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan bantuan konsular,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed