by

Kevin Mendoza bakal sertai KL United?

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak Denmark, Kevin Mendoza dikatakan bakal menyertai KL United tidak lama lagi.

Itu khabar angin ekoran berita yang dikeluarkan sebuah laman sesawang, bold.dk seperti laporan portal SemuanyaBola hari ini.

Bagaimanapun belum ada pengumuman rasmi lagi mengenainya.

Pemain kacukan Denmark-Filipina itu merupakan seorang penjaga gol dan sebelum ini beraksi bersama Vendsyssel FF di divisyen 2 Denmark, 1. Division.

Difahamkan beliau memilih untuk menamatkan kontraknya untuk terbang ke Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed