by

Kilang proses bebola ikan campur khinzir diarah tutup

News Sources:

KEPALA BATAS: – ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Alasan sama yang diberikan seorang pemilik kilang memproses makanan di sini termasuk ‘hampir bankrap’ serta ‘tidak akan beroperasi lagi selepas ini’ untuk tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap kali diperiksa akhirnya memakan diri.

Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, lebih mengecewakan, operasi kilang itu masih berjalan seperti biasa sejak hampir 50 tahun lalu hingga ke hari ini walaupun mendakwa akan ditutup.

“Walaupun ia adalah kilang memproses produk makanan untuk mereka yang bukan beragama Islam, namun proses penyediaannya kotor dan dipenuhi dengan pelbagai serangga seperti lipas dan lalat.

“Kita percaya jika keadaan ini berterusan boleh mengundang masalah baharu iaitu keracunan makanan terhadap pengguna dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir ditemui selepas mengetuai Op Tegar melibatkan lebih 40 anggota daripada beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri serta Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Selain masalah kebersihan, katanya, beberapa kesalahan lain yang turut dikesan termasuk tidak terdapat penggunaan bahasa Melayu pada produk berkenaan walaupun diproses serta dihasilkan di negara ini.

Pada masa sama, kata beliau, wujud kebimbangan berlaku percampuran daging atau produk makanan berasaskan khinzir dengan ikan tersebut yang turut diproses di kilang sama.

“Kita khuatir sebab tidak ada logo yang mengatakan terdapat penggunaan daging khinzir untuk produk berkenaan lebih-lebih lagi diproses untuk diedarkan ke pasaran di seluruh Pulau Pinang terutama di pasar-pasar basah dan sebagainya,” ujar beliau.

Susulan operasi itu katanya, tiga notis kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kilang tersebut di bawah Peraturan 32 yang melibatkan kebersihan diri atau pengendali dengan lima pekerja dikompaun RM300.

Selain itu beliau berkata, operasi kilang tersebut diarahkan tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja pembersihan.

“Selain KKM, KPDNHEP turut mengeluarkan tiga kompaun iaitu dua berkaitan akta sukat dan timbang manakala satu berkaitan kesalahan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran pihak berwajib,” katanya.

Beliau memberitahu, kesalahan pejabat yang beroperasi tanpa lesen yang sah pula telah dikompaun oleh MBSP. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed