by

Kisah kasih sayang Amir, umi jadi inspirasi

News Sources:

RAWANG – “Ramai yang jadikan kisah arwah adik Amir dan umi sebagai sumber inspirasi mereka untuk terus berkasih sayang,” kata Norlida Abu Hassan.

Ibu angkat kepada Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd. Malek itu berkata, kehilangan Amir yang dianggap seperti darah dagingnya itu masih terasa sehingga kini walaupun sudah lebih dua minggu kejadian menyayat hati itu berlaku.

Jelas Norlida yang lebih mesra disapa Umi itu juga tidak menyangka begitu ramai orang yang memberi sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya selepas pemergiaan Amir.

“Sejak arwah Amir meninggal dunia, umi semakin ramai followers terutamanya di laman Facebook kerana umi aktif juga buat video secara live selain mereka juga sering bertanya bila hendak jual laksa semula.

“Apa yang umi terharu apabila ada yang jadikan umi dan Amir sebagai inspirasi kepada mereka dalam mendidik anak-anak.

“Umi sebarkan kasih sayang dan sampaikan kepada mereka dengan cara umi sendiri, apa yang penting adalah untuk kita memberi dan mendapat kasih sayang,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di kediamannya di Taman Kemboja, Bukit Sentosa hari ini.

BACA: Amir pasti panggil umi saat akhir nyawanya – Norlida

Mengulas lanjut, Norlida berkata, kasih sayangnya terhadap Amir terlalu utuh dan sentiasa terkenangkan memori bersama kanak-kanak tersebut.

Katanya lagi dalam nada sayu, kehilangan Amir merupakan satu ujian besar buat keluarganya namun tidak pernah menjurus ke arah tekanan perasaan atau depresi.

“Masih terdengar-dengar bunyi tapak kaki Amir di dalam rumah, sungguh memori ini memang tidak boleh dibuang. Kali terakhir berjumpa Amir pada 7 November tahun lalu bersama bapa tirinya, umi dah beri semua baju-baju Amir tapi yang masih umi simpan banyak baju-baju dia yang bersaiz besar.

“Bukan apa umi fikir kalau lepas ini Amir datang dia sudah ada baju. Meja belajar Amir pun masih di tempat yang sama,” ujarnya.

Pada 29 Januari lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kanak-kanak tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Amir membesar hasil jual laksa, juadah kegemarannya – Norlida



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed