by

KL Thunder juara STL 2020

News Sources:

KUALA LUMPUR: Biarpun masih berbaki dua perlawanan, rekod 16 perlawanan tanpa kalah sudah cukup untuk membawa Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder) dinobat sebagai juara Liga Sepak Takraw (STL) 2020.

Kemenangan 21-18, 21-16 ke atas PDRM Defenders 21-18, 21-16 di Stadium Titiwangsa hari ini memastikan skuad ibu kota itu mengetepikan dua pencabar rapat, ATM Guardians dan Johor Tigris tanpa mengira apa yang akan berlaku dalam dua  baki perlawanan mereka. 

Turun tanpa perejam utama, Azlan Alias, KL Thunder yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Hanafiah Dollah (perejam) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) tidak berdepan masalah untuk merekodkan kemenangan 21-12 dalam set pertama.

Bahkan PDRM Defenders yang bergelut di tangga tercorot  liga, tidak mampu bangkit dalam set kedua selepas gandingan Syahmi Husin (tekong), Norhafizi Razak (perejam) dan Shaharil Aimin (pengumpan) akur dengan kekalahan 16-21.

KL Thunder akan berdepan Johor Tigris dan ATM Guardians dalam baki saingan STL musim ini. 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed