by

KM 84.6 LPT1 ditutup air naik satu meter

News Sources:

KUANTAN: Laluan di Kilometer 84.6 hingga kilometer 84.7 dekat Lanchang, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), dekat sini ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 11.30 malam tadi akibat limpahan air susulan hujan lebat berterusan. 

Pemegang konsesi LPT1, Anih Berhad dalam kenyataannya berkata, kedalaman air di laluan berkenaan adalah satu meter.

“Saranan alternatif adalah keluar persimpangan Lanchang ke Felda Lakum melalui Bukit Damar ke Mempaga serta Chinta Manis sebelum melalui lebuh raya Kuala Lumpur Karak (KLK),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Anih dalam kenyataannya turut memaklumkan Kilometer 113 di KLK masih boleh dilalui oleh kenderaan, bagaimanapun tiada perubahan dari status pada semalam.

“Pengguna dinasihat menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Ikuti laman rasmi media sosial Anih Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700,” katanya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed