by

Komakmur peruntuk RM200,000 bantuan banjir

News Sources:

KUANTAN: Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur) memperuntukkan RM200,000 untuk melaksanakan Misi Bantuan Banjir Makmur Gold Pantai Timur 2020 di Terengganu dan Kelantan.

Pengerusi Komakmur, Hishamuddin Abdullah berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan dua lokasi di Terengganu iaitu Kemaman dan Kuala Terengganu manakala Kelantan di Kota Bharu serta Rantau Panjang.

Katanya, sebanyak 500 pek berisi barangan keperluan harian seperti beras diserahkan kepada mangsa banjir di dua negeri tersebut.

“200 pek barangan keperluan harian diserahkan kepada mangsa banjir di Terengganu manakala selebihnya di Kelantan.

“Semua barangan bantuan berkenaan akan diserahkan melalui pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak tiga kenderaan pacuan empat roda dan 50 motosikal dari Kelab Motosikal Kemasik menyertai konvoi ke dua negeri tersebut bagi menyampaikan sumbangan berkenaan.

Majlis pelepasan konvoi tersebut disempurnakan oleh Hishamuddin di Pasar Raya MG Coop Mart di Indera Sempurna, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, menjadi visi dan misi Komakmur berkongsi keuntungan koperasi itu bersama masyarakat yang memerlukan bantuan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed