by

Kontraktor kecil bumiputera lega – Utusan Digital

News Sources:

SAUDARA PENGARANG,

KELOMPOK usahawan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19 ialah kontraktor kecil seperti saya.

Projek kian berkurangan dan kos buruh semakin tinggi kerana kehadiran pekerja di tapak projek dihadkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pendapatan menyusut tetapi pekerja masih perlu dibayar gaji.

Pembekal bahan binaan tidak pernah lupa menuntut bayaran kerana mereka juga mempunyai tanggungan.

Untuk rekod, ada kira-kira 50,000 kontraktor bumiputera berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan daripada jumlah itu, sekitar 35,000 ialah kontraktor kecil kelas G1.

Memang diakui keadaan kewangan syarikat begitu kritikal tetapi saya yakin kepada kerajaan yang ada tidak akan membiarkan rakyat menderita, tidak akan menggunakan alasan kononnya dana kerajaan kering dan duit sudah tiada.

Keyakinan saya tidak tersasar kerana kerajaan dari semasa ke semasa melancarkan pelbagai pakej bantuanmuntuk melindungi rakyat dan negara.

Sejak penularan Covid-19 di Malaysia kira-kira setahun lalu, kerajaan mengotakan janji dengan memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM305 bilion.

Ia ibarat talian hayat untuk kami bangkit semula, umpama cahaya di hujung terowong gelap ketika ada yang semakin berputus asa dan melihat masa depan malap.

ABDUL RAZAK HUSIN ALI
Seberang Jaya, Pulau Pinang





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed