by

Kontraktor parkir swasta diarah henti kutip bayaran 

News Sources:

GEORGETOWN: Pihak kontraktor swasta yang menguruskan kawasan tempat letak kereta di Persiaran Karpal Singh di sini sehingga menimbulkan kegusaran pengguna telah diarahkan berhenti mengutip bayaran parkir buat sementara waktu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang,  Lim Swee Khim berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai operasi parkir oleh pihak swasta itu dan menyifatkannya berlaku secara tiba-tiba.

“Lot tempat letak kereta tersebut telah ditenderkan oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI) kepada kontraktor tanpa pengetahuan pejabat ADUN Sungai Pinang. 

“Kutipan bayaran parkir telah dimulakan pada 1 Januari lalu dan disebabkan perkara ini telah berlaku secara tiba-tiba, pihak pejabat ADUN telah meminta kontraktor tersebut untuk berhenti mengutip bayaran buat sementara waktu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Hari ini, Parti Gerakan Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan CMI menyerahkan pengurusan tempat letak kereta itu kepada pihak swasta. 

Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, terdapat 58 lot parking di Persiaran Karpal Singh itu yang dikendalikan oleh CMI telah diswastakan kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan rakyat negeri ini. 

Menurut Swee Khim, pihaknya juga telah menetapkan perbincangan dengan pihak CMI, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta pegawai  terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih rasional dan adil bagi semua pihak. 

“Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali,” katanya. 

Sementara itu, Datuk Bandar MBPP, Datuk Ar. Yew Tung Seang berkata, tanah di kawasan parkir itu dimiliki oleh CMI dan isu berkenaan sewajarnya dikendalikan oleh CMI. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed