by

Krew restoran tak larang pelanggan merokok

News Sources:

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini, saya ke sebuah restoran mamak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Ketika sedang menikmati makanan, terdapat sekumpulan pelanggan tanpa rasa bersalah menghisap rokok di dalam premis tersebut.

Setahu saya, kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka seperti yang diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, bermula Januari lalu.

Berdasarkan peraturan itu, mana-mana individu yang melanggarnya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu, boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Ekoran tindakan pelanggan yang disifatkan mementingkan diri itu, saya meminta pekerja restoran untuk menegur agar menghisap rokok di luar premis atau pada jarak tiga meter. Namun, saya terperanjat dengan kata-kata pekerja kedai makan yang dilihat seperti lepas tangan.

Pekerja tersebut berkata, “Biarkan mereka, nanti mereka yang akan didenda.”

Justeru, saya berharap pihak berkuasa meneruskan pemantauan dan mengenakan tindakan terhadap pelanggan dan pemilik restoran yang gagal mematuhi arahan larangan ditetapkan.

Pada pandangan saya, rakyat kembali menghisap rokok di dalam premis apabila menyedari tiada tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Diharap pihak berkuasa peka terhadap perkara ini kerana ia boleh membawa kepada komplikasi merokok dan jangkitan pandemik Covid-19 di kedai makan dan kawasan terbuka.

IZA
Kuala Lumpur





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed