by

KTMB guna troli rel hantar bantuan mangsa bah di Pahang

News Sources:

PUTRAJAYA: Prihatin dengan keadaan banjir yang masih belum pulih di Pahang, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut tampil dalam misi bantuan kemanusiaan.

Ini meliputi penyaluran pelbagai barangan makanan dan keperluan asas harian ke kawasan yang dikenal pasti terputus jaringan jalan raya akibat laluan terbabit teruk dinaiki air banjir.

“Kerjasama bersepadu itu melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kuala Lipis dan Jerantut dengan penghantaran menggunakan troli rel,” kata KTMB menerusi kenyataan semalam.

Perkhidmatan khas itu dikendalikan oleh Jabatan Kejuruteraan Landasan di bawah syarikat berkenaan yang sudah bermula 4 Januari lalu ke Kampung Bukit Bentong dan Chegar Perah.

Kenyataan KTMB itu menambah, usaha ini kemudian diteruskan lagi dari 5 hingga 8 Januari lepas dengan satu trip pada setiap hari bergerak ke Kampung Mela dan Kampung Tembeling.

Troli berenjin diesel berwarna kuning terang tersebut pada kelazimannya sering digunakan oleh merinyu pengurusan jalan KTMB untuk membuat tugasan pemeriksaan landasan kereta api.

Pihak pengurusan KTMB turut mengucapkan terima kasih kepada petugas syarikat itu yang bertungkus-lumus terlibat dalam usaha bantuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed