by

Ku Li malu tindakan Zahid

News Sources:

KAJANG: Tengku Razaleigh Hamzah meluahkan rasa malu dan pelik dengan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju menjadi ahli dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN). 

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO yang mesra dipanggil Ku Li berkata, UMNO bukannya ahli dalam PN, yang ada hanyalah Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

“Sebelum ini, UMNO membenarkan ahlinya menyertai Kabinet dalam usaha menstabilkan krisis politik ketika itu. Itu saja tujuannya. 

“Kita ingat, selepas politik sudah stabil, UMNO perlu berundur daripada Kabinet. Itulah ideanya.. Bukannya berada dalam Kabinet selamanya,” katanya selepas menjadi tetamu dalam sebuah diskusi di Ibu Pejabat Majlis Professor Negara, di sini hari ini. 

Sementara itu, ketika ditanya terdapat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mahu menjadi Perdana Menteri kerana aktif dalam beberapa program politik sebelum ini, Tengku Razaleigh berkata, sekiranya dirinya mahu menjadi Perdana Menteri, sudah lama beliau memegang jawatan itu.

“Disebabkan tidak mahu jadi Perdana Menterilah, saya bagi pada Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Timbalan Perdana Menteri. 

“Masa itu saya adalah yang paling senior dalam UMNO malah ditawarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn untuk menjadi timbalannya tapi saya menolaknya pada tahun 1977 di mana waktu itu, sebahagian dari kamu (wartawan), belum lahir lagi,” katanya. 

Tengku Razaleigh berkata, beliau ketika itu memberi tumpuan kepada isu berkaitan minyak dan kerana itulah Petronas kuat. 

“Kita mempunyai peranan masing-masing,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai terdapat desas-desus yang meminta beliau dan Dr. Mahathir berundur pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berkata, mereka boleh berehat dan terpulang kepada parti. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed