by

Kuala Lumpur ikat Safee, Hadin

News Sources:

KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Safee Sali dan bekas pemain Kedah, Hadin Azman akan memperkuatkan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim KLUFC, Stanley Bernard berkata, kehadiran dua pemain itu mampu menjadi aset penting kepada pasukan sama ada di dalam atau pun luar padang.

“Safee memiliki kehebatan dan nilai komersial yang tinggi. Dia akan menjadi aset Kuala Lumpur sama ada di dalam padang atau di luar. Dia antara penyerang terbaik dekad ini.

“Hadin pula mencapai kemuncak prestasi ketika bersama Felda United pada 2018. Kalau dia berjaya mengulangi prestasi tersebut, kita ada satu lagi aset penting untuk bersaing dalam Liga Super,” kata Stanley dalam sidang akhbar hari ini.

Safee yang bakal menginjak usia 37 tahun musim depan mengakui teruja kembali semula ke pangkuan pasukan yang ditinggalkan 15 tahun lalu.

“Saya bangga berada di stadium ini. Kuala Lumpur memiliki sejarah yang besar dan saya harap untuk tahun depan saya akan cuba membantu Kuala Lumpur menjadi pencabar kepada pasukan lain dalam Liga Super,” katanya yang menandatangani kontrak setahun bersama KLUFC.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed