by

Kumpulan Rohingya masuk secara haram: 4 terperangkap dalam lumpur

News Sources:

KLANG: Cubaan sekumpulan etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui laluan haram membawa padah apabila empat daripada mereka termasuk tiga kanak-kanak terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang, Kapar awal pagi ini.

Kesemua mangsa berusia antara lima hingga 30-an itu terperangkap ketika menyeludup masuk melalui paya bakau sedalam kira-kira satu meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.33 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pasukan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer dan tiba pada pukul 4.44 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, petugas mendapati empat mangsa sedang terperangkap di dalam lumpur sedalam satu meter. Bagi menyelamatkan mangsa, petugas bertindak memasang tali pada pokok di daratan dengan menyambungkannya pada pokok bakau dengan menggunakan bot ringan ekoran laluan berlumpur.

“Atas faktor keselamatan, kita juga telah mengikat satu tali khas pada badan petugas sebelum turun dalam paya bakau. Kita telah mengeluarkan seorang demi seorang mangsa ke dalam bot ringan berkenaan.

“Pada masa sama, petugas yang lain menggunakan bot kecil bagi mengambil dan menghantar mangsa ke daratan secara berselang seli sebelum air laut pasang. Masa operasi terkawal 4.55 pagi dan tamat sepenuhnya kira-kira pukul 7.10 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norazam, setakat ini, siasatan mendapati mangsa yang terperangkap adalah daripada sekumpulan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendarat di lokasi itu dengan menggunakan laluan haram.

“Bagaimanapun, 36 lagi tidak tersangkut dalam lumpur dan kesemua warga asing ini telah ditahan pihak berkuasa sejurus kejadian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed