by

Kurma hadiah Raja Salman – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Kedutaan Arab Saudi hari ini mengadakan majlis penyerahan kurma hadiah Penjaga Dua Tanah Haram, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud di pekarangan pejabat Atase Agamanya di Jalan U-Thant di sini.

Sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh itu untuk diagihkan kepada pelbagai agensi termasuk Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, pejabat mufti negeri, jabatan agama Islam negeri, masjid, surau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan juga media.

Sumbangan disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

Hadir sama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian.

Antara NGO yang menerima sumbangan hari ini ialah Yayasan al-Khadeem, Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan MRM.

Institusi media yang turut menerima sumbangan adalah Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, Bernama dan TV al Hijrah.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed