by

KZD tingkat kutipan zakat

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan per­khidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD) dalam usaha meningkatkan kutipan zakat.

Menurut PPZ-MAIWP, KZD diwujudkan bagi memudahkan pembayar dan pegawai kaunter PPZ-MAIWP untuk berinteraksi secara dua hala dalam platform digital.

Katanya, berbeza dengan pem­bayaran melalui portal yang hanya mempunyai komunikasi sehala, Kaunter Zakat Digital bersifat lebih interaktif.

“Pegawai kaunter PPZ-MAIWP akan berhubung terus dengan pembayar dan membantu menyelesaikan urusan berkaitan zakat, taksiran atau proses bayaran.

“Pembayar boleh membuat pilihan untuk berurusan melalui 10 kaunter PPZ-MAIWP yang ditetapkan dan akan dihubungi semula dalam tempoh 24 jam. Melalui perkhidmatan ini, pembayar akan diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, dalam pasca penularan wabak Covid-19, segala urusan perlu dilaksanakan dengan penekanan kepada soal pendigitalan sebagai langkah adaptasi kepada norma baharu pada masa depan.

Beliau berkata, pembayar zakat kini boleh mendapatkan perkhid­matan pembayaran zakat dari rumah pada bila-bila masa, sekali gus membolehkan perkhidmatan pembayaran zakat menjadi lebih efektif, pantas dan efisien.

“PPZ-MAIWP perlu sentiasa inovatif untuk berhadapan de­ngan kehidupan norma baharu yang jauh lebih mencabar bagi memastikan urusan berzakat le­bih mudah dilaksanakan. Semoga dengan adanya saluran bayaran yang pelbagai ini, ia tidak lagi menjadi alasan masyarakat Islam untuk tidak berzakat,” katanya.- UTUSAN

The post KZD tingkat kutipan zakat appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed