by

LADA harap 3 juta pelancong di Langkawi tahun hadapan

News Sources:

LANGKAWI:  Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengharapkan jumlah pelancong yang berkunjung di pulau peranginan itu boleh mencapai tiga juta orang walaupun masih sukar diramal pada tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri Adnan berkata, jumlah kehadiran pelancong pada tahun hadapan bergantung kepada situasi semasa penularan Covid-19.

Menurutnya, sekiranya jumlah pelancong mencapai tiga juta orang, ia adalah meningkat berbanding 1.5 juta orang sahaja pada tahun ini sehingga Oktober lalu, 

“Bagaimanapun,  sasaran sebenar jumlah pelancong di pulau legenda ini pada tahun harapan akan ditetapkan selepas LADA mengadakan perbincangan dengan semua pemain industri pelancongan di sini selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan  program sesi libat urus Tapawfood serta pengusaha kecil dan sederhana di Ombak Villa di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pulau peranginan ini memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 pelancong sebulan pada tahun hadapan bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang sihat terutama kepada pemain industri pelancongan di sini

Namun, katanya, sekiranya jumlah pelancong yang diterima mencapai 250,000 orang atau lebih dalam masa sebulan, ia akan merancakkan lagi industri seterusnya memberi manfaat kepada penduduk di pulau tersebut.

“Purata jumlah kemasukan pelancong itu penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan di Langkawi,” katanya.

Tambahnya, penerimaan vaksin di negara ini yang dijangka pada Mac depan juga tidak akan dapat memulihkan sepenuhnya industri pelancongan di Langkawi dalam masa yang singkat.

“Kita memerlukan masa yang panjang untuk pulih seperti biasa dan pada tahun depan, ia lebih kepada fasa pemulihan,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed