by

Laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris ditutup

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Laluan FT 36 Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Kilometer 74.8 hingga 75, Seksyen 87 (52) di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut berkuat kuasa pukul 12 tengah hari ini dan akan dibuka semula pada tarikh ditetapkan kelak sebagai langkah berjaga-jaga akibat mendapan jalan.

“Pengguna hendaklah mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

“Pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif FT 08 Jalan Kota Bharu-Gua Musang,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed